CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
;
"Andai kau pernah menghirup madu, melihat damai dan merasa senang, ingatlah
suatu masa nanti mungkin semua itu akan sirna."

Tuesday, June 26, 2018

Ujian Allah vs Rahmat Allah

Rahmat Ujian...

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta

Bibir mudah ngucap sabar
Lidah pantas ngata its ok
Tapi hati tiada sape tau
Insan memandang
Dgn pelbagai tafsiran

Harus ada rs syukur
D stiap ujian yg mjelma
Itu jelas tbukti
Allah mengasihi mu
Sedangkan rmai tbiar lalai
Hanya yg tpilih antara bjuta😘


Wednesday, June 6, 2018

Move on?










Friday, April 21, 2017

Blogger mylove

Pasni nk jadikan blog ni as mylove. Dier tak leh lawan ckp aku. Dier merelakan je ape aku nk tulis ni hihi..

Ketawa dalam nangis..
tidur dalam rindu..
Makan dalam hati..

Cuba lagak kuat
Cuba lagak aku hebat
Cuba lagak aku mampu
Cuba lagak aku tak perlu dia

tak pe ieja. Skarang "cuba".. pasni pasti boleh!!! Kau kan kuat😎

Bila sudah bersatu.. sukarnye untuk meleraikan

Kadang kala cuba ntok melupakan..
Cuba ntok memadam..
Cuba ntok membuang..
Cuba ntok membenci...
Tapi......
Sukarnye.....

Makin di cuba makin keliru..
Keliru perlukah dibuang.. atau masih boleh dipupuk..

Tidak...
Tak mungkin boleh d pupuk.. tak mungkin blh sama sperti dulu...
Sakit nya masih terasa. Peritnye masih segar. Segalanya masih terbayang. Aku trauma!!!!!

Friday, September 7, 2012

nota perpisahan~~

jika kau sedari
betapa setiap hari ku mencintaimu
betapa tiap hari amat ku merinduimu,....

jika kau sedari
betapa berpisahan ini
telah membuat airmataku
tidak berhenti menitis
mengenangkan dirimu...

namunku sedari
masih ada tuhan
yang akan menjagamu
setiap hari
setiap tempat
setiap saat....

hanya doa bisaku
titipkan sebagai pengganti
dan ku kirimkan angin bayu
agar sntiasa memberi kenyaman
kepada dirimu
moga dikau
berjaya mencapai
apa yg kau impikan~~~

Thursday, January 26, 2012

kamu.. boleh aku.....



bila rasa trasa ingin dilontarkan, jiwa mula berkata dan ingin bertanya.....

Kamu.. boleh
aku bertanya?

Adakah kamu tidak pernah terfikir tentang aku? Apakah kamu tidak pernah terlintas akan nama ku, senyuman ku, kasih sayang ku di mainan jalanan hari-hari mu? Tiadakah sekelumit kenangan manis antara kita dahulu yang bisa membuat kamu tersenyum?


Kamu.. boleh aku bercerita?

Aku rindu kamu, sentiasa ingat kamu.. Kadang tikanya ada yang berlalu melintasiku memakai bauan minyak wangi yang dulunya pernah kamu pakai, akan ku toleh dan mengikutinya dalam diam sambil menghidu bau nya di angin dan tanpa sedar air mata jernih ku mengalir.. ingat kan kamu... ingat kan kamu.. rindu sungguh pada kamu..

Kamu.. boleh aku bertanya lagi..?

Kamu bahagia di sana? Kamu gembira di sana? Senyumkah kamu di sana? Tawa kah kamu di alam tanpa ku? Telah ketemu kah selaut bahagia yang kamu cari, seluas angkasa indah yang kamu dambakan? Sejuta ketenangan hati yang kamu impikan?

Kamu.. boleh aku bercerita lagi?

Aku rindu kamu, sentiasa memandang kamu.. Aku tahu kamu milik orang dan aku terima dengan hati yang suci, ikhlas kerana aku mahu lihat kamu bahagia. Dan laksana itu aku menjauhkan diri membawa kata hiba untuk diri ini. Tiap kali aku memandang bulan purnama yang jauh, itu bagai kamu pada mata jiwa ku.. aku memandang kamu yang bercahaya gembira di sana... Dan maha sesungguhnya aku mahu berada di samping kamu bertawa gembira, bercahaya purnama tapi aku pilih untuk melihat dari jauh demi bahagia kamu, demi gembira kamu bidadari hati ku..

Kamu.. boleh aku bertanya?

Kenapa airmata ku mengalir tika menitipkan kata monolog jiwa ku ini? Sengsara kah aku? Kamu...

Friday, December 23, 2011

menangis~~

menangis adalah temanku yg sejati

tanpa menangis
aku kan keresahan

menangis adalah pengubat hatiku
tanpa menangis
aku kepiluan

menangis adalah pengubat rinduku
tanpa menangis
aku kan ingt padanya wlau die bkn milik ku

menangis adalah cintaku
tanpa menangis
aku kan mharap cinta yg bukan milikku darinya

menangis adalah posmenku
tanpa menangis
aku xmampu menghantar hatiku padanya walaupun mgkin dier xdapat

nangis~nangis~nangis~