CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
;
"Andai kau pernah menghirup madu, melihat damai dan merasa senang, ingatlah
suatu masa nanti mungkin semua itu akan sirna."

Friday, October 16, 2009

Cerpen- CINTA TAUFAN

AKU adalah pengawas sekolah yang disegani dan dihormati namun aku juga bukan seorang yang sempurna. Nama aku Amanda Kuqisna. Kehidupan aku terlalu simple tapi aku bukan seorang yang terlalu simple.

Dari kecil aku hidup bersama seorang budak lelaki yang sebaya dengan aku. Nama dia Taufan Razak. Kami memang sahabat dari kecil. Dia lahir 3 bulan awal sebelum aku iaitu 24/5/1992. Tahun berlalu dengan laju. Kami sekarang bukan sahaja sebagai sahabat tetapi juga boleh dikategorikan sebagai pasangan yang ideal. Attention!! We're not couple. Just a friend.

Kelebihan yang ada pada aku adalah kekurangan bagi Taufan. Aku budak genius tetapi bukan bagi Taufan. Aku terlalu lemah dalam sukan tetapi bukan untuk Taufan. Taufanlah bintang sekolah untuk sukan dan akulah bintang bagi sekolah dalam pelajaran. Masalah terbesar bagi kami..We're egois!!

Taufan seronok melanggar peraturan sekolah tapi bukan aku. Akulah penegak sejati peraturan dan pelembagaan sekolah. Untuk mengelakkan Taufan melanggar peraturan yang aku dukung..Tiap-tiap hari aku datang ke rumah kawan baik aku untuk tolong dia.
Taufan memang seronok tengok aku datang rumah dia untuk tolong dia buat kerja sekolah. Aku pun seronok juga bila dapat pertolongan dari Taufan untuk mengelak ujian kecergasan yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani aku. Well..aku dan Taufan bukan berada di dalam kelas yang sama. Aku menginap di kelas pertama dan Taufan berada di kelas terahkir.

Ibubapa kami seronok melihat keakraban kami. Bagi mereka kami seperti adik-beradik tapi Taufan selalu membangkang dengan sekeras-kerasnya. Aku selalu menyokong ibubapa kami kerana bagi aku..Taufan terlalu emosional. Aku tahu Taufan benci kerana aku terlalu pandai dan dia juga kadang-kala rimas bila aku selalu menolak ajakkan dia untuk berlatih bersama dia di gym. It's not my fault..

Aku dan Taufan memang berbeza. Seperti kuali dan bontot kuali. Tapi aku seronok dapat berkenalan dan hidup sepanjang 15 tahun bersama dia. Walaupun dah banyak kali aku tutup mata dengan kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan Taufan. Taufan suka datang lambat,ponteng kelas,lepak tepi tangga waktu rehat,lawan cakap senior,lawan bola jaring dengan pelajar perempuan dan yang paling membuatkan aku geram..Dia berani masuk tandas pelajar perempuan semata-mata nak cari aku untuk ajak ponteng kelas.

Itulah Taufan. Dia memang membencikan tapi aku tetap sayang dia sebab dia banyak tolong aku walaupun tak sebanyak yang telah aku lakukan untuk menutup kesalahan dia pada cikgu. Lagi satu..baju sekolah Taufan,memang satu habit yang tak dapat aku nak elak. Dia suka pakai baju sukan bila belajar sains dan matematik sebab time itulah dia akan mulakan Gerakkan Operasi Menentang Kuman (GOMK).
Kuman..Kuman..dia ni adalah anak guru besar sekolah kami. Budak lelaki yang paling sombong dan angkuh. Kuman selalu buat aku sakit hati dan sebenarnya GOMK tu adalah untuk membalas dendam bagi pihak aku yang dilaksanakan oleh Taufan. Taufan pandai melukis jadi..dia turut meluahkan perasaan dia di dinding belakang sekolah. Memang cantik lukisan yang Taufan lukis. Semuanya untuk aku katanya..Ada gila!! Tapi Cikgu Hamid tak pernah marah sebab bukannya benda lucah yang dilukis Taufan tapi pemandangan Kota Maggia Valley di Swiss.

PADA 11 January 2008..segalanya bermula..Aku dah Taufan bukan lagi pasangan yang ideal. Kami bukan lagi sahabat yang akrab. Segalanya bermula apda 11 January apabila Taufan terpaksa ke Swiss kerana perpindahan pejabat oleh Syarikat Papanya. Hidup aku tiba-tiba gelap dan tiada lagi cahaya. Aku terus menjadi pendiam dan lukisan dibelakang sekolah menjadi ruang aku untuk meluahkan rasa rindu aku pada Taufan. Sekarang aku bukan lagi seorang pengawas kerana tiada lagi Taufan.

Aku seperti menjadi Taufan dalam versi perempuan. Aku betul-betul rindukan Taufan.
"Amanda!!Wake up! You're almost late." kejut Mama. Aku mengeliat perlahan. Hari ini aku malas ke sekolah. Sudah setahun aku kehilangan Taufan dan aku totally berubah menjadi Taufan.
"Just give me 10 minutes to make myself ready."jawab aku perlahan. Aku masih lagi baring memandang gambar disebelah aku. ‘Aku miss kau'bisik aku perlahan apabila mama sudah menutup pintu bilik aku yang berselerak dengan keluhan berat.
"You better make yourself ready before seven."jerit mama dari luar bilik. Aku mendengus geram.
"Orait!"
Aku terus melelapkan mata. Malas! Lagu 11 January nyayian kumpulan Gigi berkumandang dari telefon bimbit aku. Dah! Sapa pulak yang mengacau aku pagi-pagi ni?? "Hello..this is Pusat Serenti Jalan Datuk Kau. Please give your massages after bitt.."jawab aku lantas membuka volume kuat bagi mendengar messages yang entah dari mana.
"Hello,Amanda. It's me..Taufan. I just wanna know.. Do you happy after you lose me? I really miss you a lot here. I have no idea what are going inside here but I just realize that I really miss you. Bye."sejenak panggilan itu mati.
Aku turut mati. Tersentak dengan panggilan tadi. Tiba-tiba air mata aku mengalir. Taufan! Baru sekarang kau rindukan aku. Setahun kau ambil masa untuk rindukan aku padahal aku..hari-hari yang lepas tidak pernah membuatkan ingatan aku lepas dari mengingati kau. Taufan!!Stupid!!
"Amanda!! What are going on? Hei..do you want to miss you class today?"soal mama. Aku hanya senyap. Hei! I may miss my class but I don't want to miss my hope. I hope one day..I'll change back to be a true Amanda Kuqisna.
"SEE..that pick!!"ujar Cristina lantang. Aku hanya senyap. Kerja sekolah dari minggu lepas aku lansung tak pandang sehingga hari ini Cikgu Lily mahu kami hantar dengan cepat. Aku terus keluar dari kelas. Cristina tergangga besar. Dia tidak berani keluar mengikut aku kerana dia takut dengan Cikgu Lily..bukan macam aku.
Cikgu Lily ikut aku dari belakang tanpa bersuara namun jelas hentakan kasutnya membuatkan aku tahu dia mengekori aku. Aku teruskan perjalanan aku ke kantin. Perlahan-lahan aku duduk dengan donat yang aku beli diluar sekolah.Aku kunyah perlahan-lahan. Donat..yang besar dan puas. "Amanda.."tegur satu suara dari belakang aku. Aku tahu itu Cikgu Lily.
Aku berpaling dengan perlahan. Sengaja mahu mengenakan Cikgu aku yang memang dah panas tengok aku yang selamba keluar dari kelas. "Yes..my dear cikgu."jawab aku lantas menarik kerusi untuk memberi ruang kepada Cikgu aku yang ‘terhormat' itu duduk.
"Kenapa keluar kelas?"soal Cikgu ni keras. Dia pandang aku..Fuyoo..takut!!
Aku tersenyum dan dengan berani terus mengigit donat dengan aksi gerak perlahan. "Saya lapar Cikgu. Dalam kelas tak boleh makan jadi saya pergila kantin."jawab aku selamba.
Cikgu Lily mendengus. "Tapi sekarang bukan waktu rehat."
"Itu..bagi cikgu tapi bukan saya. Perut saya ni ada gastric jadi saya kena makan awal daripada yang lain."jawab aku selamba. Pengawas yang keluar rehat awal untuk menjalankan tugasnya nanti pada waktu pelajar seperti kami rehat hanya berani memandang aku dan Cikgu Lily.
Cikgu Lily tidak mempunyai kata lagi. Setika itu bunyi loceng menandakan rehat membuatkan aku tersenyum. "Maaf cikgu..saya nak pergi makan ubat sekejap di kelas. Tumpang jalan."ujar aku lantas berjalan laju. ‘That pick.'bisik aku perlahan.

"AYAH tengok Amanda dah banyak berubah."ujar ayah ketika aku masih enak menonton cerita kegemaran aku. Women's Murder Club!! Itulah sebenarnya cita-cita aku. Menjadi seorang penyiasat yang terkenal walaupun di Malaysia belum ada lagi penyiasat yang betul-betul terkenal.
Aku menjeling memandang Ayah yang duduk berhadapan aku. "Everybody change..like me".jawab aku selamba.
Mama yang datang dari dapur memberi sepotong buah Lai kepada ayah. Mama hanya tersenyum melihat cara aku yang tidak mengendahkan suaminya. Suka hati akula.. "Ayahnya..this kids make a new record."bisik mama tapi jelas di pendegaran aku. Ayah mengeluh.
"A new record? What else do you make to shows your bad side Amanda?"soal Ayah garang. Mama tersenyum. Sekali lagi Mama mendekatkan mulutnya di telinga Ayah. Aku hanya memerhati dan mencuri dengar.
"Dia conteng dinding kelas dengan perkataan.. ‘That pick'."jawab mama.
Ayah memandang aku kehairanan. "What mean by the word? That pick?"
"Just a word."perlahan aku menjawab.
"Lie..tell me the true."ujar Ayah.
Ya..Allah! dah memang betul pun! Kalau translate dalam bahasa melayu pun sama juga. Tak ada maknanya. Cakap tak nak dengar! Sapa budak dekat sini? Aku ke Ayah aku??
Just in time..telefon bimbit aku kedengaran lagu favorite Taufan. Aku lantas menjawab. "Hello..this is Amoi service at Taman Gila..please note your massages to me after this word..Cepat!!"
Ketika itu kedengaran suara tawa. Aku mendengus. Terus aku kuatkan volume suara untuk ayah dan mama aku dengar sebabnya mata dia orang terlalu tajam memandang aku. "Hai..Amanda, Akula..Cristina. Sampai hati kau bagi Amoi service jawab panggilan aku. Hari tu kau bagi Penjara Kajang jawabkan..Sampai hati kau..tapi tak apala..aku nak bagitahu kau yang ada pelajar baru nak kenal dengan kau. Dia kata kau baik sebab selalu tolong dia.Jadi..esok aku talk dengan kau..Bye..bye.."lantas sekelip mata panggilan itu mati.
Aku mendengus. Lansung aku tidak mempunyai semangat untuk menonton cerita kegemaran aku. Lebih baik tidur. Aku angkat punggung tapi dihalang Ayah. "Ingat..this year kamu nak ambil SPM. Sedar diri sikit. Taufan dah tak ada jadi kamu tak boleh nak jadi macam dia."ujar Ayah lantas bangkit. Mama mengosok-gosok belakang aku. Sebenarnya..Taufan memang dah tak ada tapi aku sebenarnya nak Taufan tu ada sebab aku sayang dia.

PEPERIKSAAN pertengahan tahun Sekolah Angkat Kaki Jadi Blah iaitu sekolah aku dah selesai dan akulah orang yang paling bahagia. Sebabnya aku tahu aku akan mencatat rekod bersih dengan semua ‘9G'. Rekod yang tiada sesiapa boleh lawan. Buku report kad aku la yang paling menarik mata memandang sebab warna merah berbanding yang lain. Hitam..hanya nampak kemas.
"Amanda..please. Kenapa dengan kamu ni?"soal Cikgu Hamid. Aku pandang cikgu tu dengan pandangan yang sengaja aku bodohkan. Buat apa aku nak belagak tahu padahal aku memang dah tahukan? Akukan pemegang rekod terhebat.
Aku ambil buku report kad yang cikgu tu hulurkan pada aku. Sekarang aku tak ada jawapan lagi. "Terima kasih cikgu sebab rajin tanya.Merah lagi cantik dari hitam."jawab aku lantas bergerak perlahan ke kiri apabila datang seorang budak meminta kebenaran untuk berjumpa dengan Cristina.
Cikgu Hamid memandang aku tajam. "Kalau kamu suka merah..tok sahla nak buat report card tu sama jalan dengan warna merah tu. Kalau kamu suka warna biru,cikgu boleh tulis dengan warna biru untuk warna hitam."bersungguh-sungguh cikgu dekat depan aku ni bersyarah.
"Sure, my pleasure if you want to do but just stay with red. Red is cool and cruel!"jawab aku lantas berjalan menuju ke meja yang ditinggalkan Cristina.
Cikgu Hamid mengeluh. Dia masih memandang aku dan aku tetap membuat pandangan klon bodoh. Pandangan bodoh sebenar adalah milik Taufan.
"Amanda..studyla.."ajuk satu suara dari belakang aku. Aku tersenyum kecil. Tanpa menoleh aku hanya mengangguk sahaja. Aku tak tahu siapa yang belagak nak bagi aku arahan supaya aku belajar tapi tak apa sebab aku terima seadanya.
"Thanks for your concent,friend."balas aku. Report Card aku taruk dalam beg aku yang nipis. Satu buku lansung tak ada dalam beg aku sebab tu la..Cikgu Hamid,Cikgu Lily dan sekarang Cikgu terbaru yang nak jadi musuh aku iaitu Cikgu Rose.

SEKARANG umur aku dah 18 tahun. Ahkirnya aku berjaya jugak lepaskan diri daripada linkungan Cikgu-Cikgu yang sibuk nak mengatur hidup aku. Aku dapat jugak 10A macam yang telah aku idam-idamkan dulu. Dulu tu maksudnya sebelum Taufan pergi tinggalkan Malaysia. Aku..sekarang ni jadi ‘Minah Rempit'.
Boring duduk rumah aku lepak dengan geng baru yang aku jumpa dekat kedai makan ‘Moden'. Well..depa tu lagi hebat dari aku sebab berjaya dapat straight A 1 tau. Ini bukan calang-calang Mat Rempit dan Minah Rempit. Ini World Class Mat dan Minah Rempit. Aku bercadang nak lanjutkan pelajaran ke Swizerland sebab aku nak cari Taufan. Aku nak jumpa dia sebab dia tak pernah cuba nak jumpa aku walaupun hanya dalam mimpi.
Cristina,budak yang paling rapat dengan aku dah berambus dari Malaysia. Dia pergi Bugis jumpa sahabat dan saudara handai dia yang tertinggal dekat sana. Dengar kata mama dia dah tunangkan dia dengan orang bugis. Hah!!rasakan kau. Orang bugis yang..tuttt..(bahaya,rahsia Negara bugis!).Ada lagi ke Negara bugis? Lantak ko lah sana! Semalam aku dapat call yang kawan aku dah mati sebab kena seret dengan lori. Apa aku nak buat selain sedekahkan Al-Fatihah dalam hati. Aku tak mampu nak buat benda lain sebab aku dalam pantang ( Datang bulan!).
Semalam jugak aku nampak ada kereta masuk rumah Uncle Razak dan Auntie Melissa. Tak tahula sapa tapi yang aku tak berkenannya..Dahla..sebenarnya aku tak nak orang lain duduk rumah Taufan. Ni aku nak cerita tentang rambut aku. Semalam aku warnakan balik rambut aku yang merah ke warna asal. Warna asal rambut aku..perang dan aku tak nak mama dan papa aku syak benda-benda pelik pulak.
Pakaian aku..well,aku try pakai baju kurung sebab lagi berangin tau! Banyak udara masuk berbanding seluar dan baju ketat yang aku selalu sarung dekat badan aku yang cute ni.
Hari raya pun dah nak sampai. Puasa pun aku belum ganti lagi. Mana taknya..hari-hari aku pergi kampus makanannya semuanya membuatkan aku tertarik-tarik bagaikan magnet.
Janji aku puas. Life must end with happiness. Kita tak tahu bila kita nak mati..jadi buatlah sesuatu yang hanya mendatangkan kebahagian kepada kita.
"Amanda.."panggil mama dari bawah. Aku yang tengah lepak atas katil terusla bangun cari selipar jepun aku. Ceh!! Bukan selipar jepun tapi selipar terompah..Fewitt.. Aku turun lambat-lambat. Baju tidur malam tadi aku tak salin lagi sebab aku malas nak mandi. Mama yang tengah leka dekat dapur terperanjat tengok aku. "Girl..please make yourself clean before get out."
Aku hanya mengangguk. Yelah..aku tahu. "Mama nak apa?"
"Nanti jiran baru kita nak datang rumah. So..please jangan buat hal. Kita makan tengah hari sama-sama dengan mereka."ujar Mama.
Inilah yang paling aku malas. Perjumpaan antara orang tua yang terpaksa aku hadapi hanya kerana mahu menjaga air muka. Boleh blah la.. "Ok.."jawab aku terus naik balik ke sarang aku yang aku gemari untuk membuat tahi mata.

AKU balik rumah pukul 1 pagi. Sebenarnya aku keluar rumah senyap-senyap sebab aku malas nak kena dengar mama meleter hanya sebab aku tak nak makan tengah hari dengan jiran mama yang mama suka dan hormati. Ayah dan Mama duduk pandangan aku dengan wajah yang menakutkan tapi aku cuma belagak tenang sebab aku tahu ini adalah salah aku yang aku sengaja nak buat dan aku saja nak buat mama dan ayah aku bangang sebab hal ni.
"Yes my dear you come home late and not like the time that I have given to you."ujar ayah aku dengan wajah yang paling bengis.
Aku hanya mengangguk mengerti setiap patah perkataan yang keluar dari bibirnya. Mama aku hanya tersenyum sebelum dia menarik diri ke dapur. Aku dah malas nak ambik tahu!!. Mana taknya..asyik aku je yang kena. Alah dah memang salah aku pun..
Aku terima je dengan hati yang terbuka.
Dekat sini aku nak tanya. Siapa yang sanggup duduk diantara orang-orang tua bercerita? Ada? Ada? Menipulah kalau ada. Melainkanlah kalau makcik- makcik yang duk berborak dgan mama kita tu ada seorang anak lelaki yang berguna. Betul kan?
"Sudah la ayahnya..biarkan je la Amanda ni.."luah mama apabila melihat Ayah masih memberi pandangan yang tajam kepada aku.
"Mamanya..Anak kita ni memang selalu nak kena marah. Kalau cakap sekali x nak dengar. Kena berpuluh2 kali agaknya!" bebel Ayah.
Aku hanya tersenyum manis apabila ayah memandang aku dengan angin dia. Mama hanya mengeleng laju. " Amanda..naik atas. Mandi dan terus tidur. Kalau belum makan turun. Mama masakkan something."luah mama.
Aku hanya mengangguk. " Mama..orang nak makan Maggie la..masakkan boleh?"pinta aku sengaja mahu melihat reaksi ayah.
Aku dah agak dah..ayah mesti lah bengang bila melihat mama menganggukkan kepalanya menerima arahan daripada aku.
Hahahaha!! Rasakan! Kau nak aku dapat 10A satu aku dah dapatkan. Nak aku belajar di kolej aku dah berusaha sekarang hanya satu yang aku mahu!! Aku mahukan kebebasan untuk aku mencari kembali Amanda yang dahulu!! Amanda yang dilarikan Taufan!!

PAGI ahad adalah hari yang paling aku benci!! Sapa yang tak benci pada hari ahad apabila aktiviti sekeluarga di jalankan?? Jawab pada aku!! Ayah aku memang nak membalas dendam pada aku sebab aku dah berjaya memperolokkan diri dia. Ayah dan mama akan menikmati pagi ahad yang indah bersama jiran baru sebelah rumah aku ataupun dengan kata lain. Orang yang menceroboh rumah Taufan!!.
Tinggal aku keseorangan dekat rumah. Pandang pintu tendang katil. Toleh kiri campak bantal,toleh kanan campak sejadah! Hai!! Semuanya tidak kena pada aku. Aku seperti orang hilang akal!! Kawan aku semuanya dah hilang [pentingkan anak2 mereka!!] hahaha!! Bayangkan bila aku dah ada anak nanti? HUH!! Janganla sekarang aku dapat anak. Umur aku barulah 18 tahun tau! Aku nak ada jugak skandal beratus-ratus, ex-boyfriend berpuluh-puluh dan hanya suami satu. Anak! Umur aku 30 tahun baru kau lahir ok. Aku memang tak suka baby sebab bila aku eja baby kat sekolah jadi babi. Cuba kau bayangkan perasaan aku? Hahaha!!!
Deringan telefon bimbit aku membuatkan aku tercari-cari kemana hilangnya keperluan aku yang amat berharga itu. Habis bantal-bantal yang tergolek ke bawah katil aku tolak kembali ke atas katil. Aku capai dengan laju tali telefon bimbit aku. Satu panggilan daripada..RAHSIA??. ini apa pulak kes nenek kebayan guna nombor RAHSIA pulak ni??? Siap leh simpan lagi dalam buku telefon aku lagi. Siapa RAHSIA? Sape? RAHSIA arr!!pening kepala otak aku.
"Helluuu…siapa di sana? Ini Jabatan Kastam Langkawi ke udara. Sila lepaskan nota anda pada kotak,peti, sampul surat,baju, seluar dengan kadar segera terima kasih."ujar aku laju. Huh! Penat pula bersuara.
"Amanda Kuqisna..keluarlah.Aku ni. Aku Taufan. Kau tak nak jumpa aku ke? Aku dekat depan rumah kau ni."bisik satu suara yang tengelam timbul.
Suara aku tak pulak nak keluar!! Memang aku terperanjat nak mati!! Aku tak sangka pulak yang budak Taufan ni ada dekat depan rumah aku. Aku tinjau kawasan rumah aku dari balkoni rumah. Well..aku tak nampak pulak bayang dia.
Aku terus melangkah ke arah pintu bilik aku. Yalah!! Aku sekarang dalam bilik ni! Bila aku sedap pegang tombul pintu bilik dan aku tarik dengan kenyang mata aku tiba-tiba kaku. Kenapa pulak aku nak kaku?? WELL..aku cakap kau!! Taufan memang membawa taufan yang besar dalam hidup aku. Tanda dia hidup aku ZILCH! Ko tahu apa maknanya zilch tu? Binatang ke? Tumbuh-tumbuhan ke? Itu korang kena cari sendiri..sekarang kembali ke cerita aku.
Aku baru nak melangkah aku nampak sekujur badan berdiri di hadapan pintu bilik aku. Aku pandang je dia dengan pandangan yang hairan apabila dia pandang sambil tersenyum pada aku.
"What should be says young girl? I really-really miss you!!" ujar sekujur badan di hadapan aku. Well..banyak pulak ayat well aku dekat sini kan?
"Taufan? Taufan? Taufan ke ni?"soal aku kabut. Aku memang menjadi kabut apabila dia berada di hadapan aku.
Dia hanya mengangguk. "Ini aku lah..Aku Taufan."ujarnya sembil tersenyum.
Namun senyuman manis dia tu bagaikan senyuman sinis bagi aku. "Kepala otak kau betul lah!! Dah balik bukan nak kasi tahu aku. Kau tahu tak yang aku selalu tunggu ko balik! Aku memang menunggu saat ko balik untuk aku cakap pada kau yang aku rindu gila dekat ko. Tapi ko ni memang bodoh tambah sengal tambah bangang sebab ko lansung tak perihatin dengan perasaan aku pada kau! Kau buat aku macam orang…"
Tiba-tiba mulut aku di tutup oleh tangan besar milik Taufan. Lantas didekatkan bibirnya pada tangannya yang menekup bibir aku. Time tu..aku memang tergamam nak mati. Aku dah kaku dekat situ. NO words from me!.
Taufan kemudian tersenyum. "Dah la tu..bising sangat la. Boleh tak ko stop membebel pada aku? Aku balik ni sebab nak jumpa kau jadi boleh tak ko senyap sekejap dan bagi aku tengok muka ko baik-baik. Aku nak tengok perubahan yang orang cakap pada aku tentang kau. Aku nak tengok betapa cantiknya bakal isteri aku ni. Aku nak jugak tengok.."
Tiba-tiba jari aku di capai Taufan lantas sebentuk cincin emas putih di sarungkan di jari manis aku. Taufan kemudian tersenyum. "Aku nak tengok jugak muat ke tak cincin ni pada kau. Jadi sekarang ni..you're mine!"
Serius!! Aku tergamam dan tersentak. Taufan memandang aku dengan gusar apabila melihat reaksi aku yang kaku. Taufan mengoncang tangan aku yang sejuk tiba-tiba. Namun aku masih kaku. Lantas pipi aku di cubit kuat.
"Sakit la Taufan!!!" jerit aku kuat. Mata aku tajam memandangnya.
Ketika ini Taufan tergamam. "Bukan salah aku la..salah kau la sebab tak bagi reaksi dekat aku tadi!"balas Taufan.
Aku mengosok lagi pipi yang terasa peritnya.
"Maafkan aku ye..aku balik ni pun sebab nak mendapatkan kau. Sekarang kau aku dah dapat jadi sekarang ni..saiu je yang aku nak."ujar Taufan sambil mengusap lembut pipi aku yang di cubit.
"Apa lagi yang ko nak cinabeng?!"marah aku..sebenarnya bukan aku marah tapi aku Cuma geram je.
"Aku cuma tinggal nak ANAK je."ujar Taufan sambil berundur kebelakang setapak.
"APA!!! ANAK!!! GILA KAU TAUFAN!!!"jerit aku kuat apabila melihat Taufan sudah berlari menuruni anak tangga. Aku berdoa supaya hubungan kami berkekalan dan aku pon ada doa jugak supaya dia jatuh tergolek bila turun tangga tu. AMIN!!

Membina Mesin Pencari di Blogger

Search Engine pada blogger memudahkan mengunjung mencari suatu artikel dalam blog. Mungkin sebagian ada yang sudah tahu cara membuatnya. Tapi kali ini kita membuatnya sedikit berbeza, dengan Flat Button Style dan Flat Texbox Style.

Cara membuatnya ikuti langkah di bawah ini:
1. Login ke akun blogger anda. Pada Template, pilih Element Halaman > Tambahkan sebuah Elemen Halaman > HTML/JavaScript

Ketikkan kode ini:




Kalau sudah, simpan.

2. Langkah kedua, pada Template pilih Edit HTML.

Ketikkan kode di bawah ini pada jajaran kode CSS blogger. Tepatnya setelah kod body {, diakhiri dengan tanda }.

.buttonreset {
color: #333;
background-color: #f3f3f3;
border: 1px solid #999;
padding: 1px;
}

.buttonsubmit {
color: #333;
background-color: #f3f3f3;
border: 1px solid #999;
padding: 1px;
}

.textinput {
color : #333;
background-color: #ffffff;
border: 1px solid #999;
padding: 1px;
}

Kalau sudah, simpan dan lihat hasilnya.

Mengawasi Keselamatan Harddisk

Pada semua harddisk PATA mahupun SATA yang ada di pasaran pada masa kini, sebenarnya sudah tertanam fitur SMART (Self-Monitoring Analysis and Reporting Technology) yang khusus mengesan keselamatan harddisk. Di dalam SMART ada sekitar 30 parameter keselamatan harddisk, mulai dari temperatur, spin-out time, sampai seek error rate. Dari data-data inilah boleh disimpulkan apakah harddisk di PC anda masih selamat atau sudah ada kerosakkan.

Untuk membaca data SMART ini, kita memerlukan aplikasi khusus seperti HD Tunes. Fungsi utama aplikasi ini sebenarnya mengukur kecepatan harddisk, namun boleh untuk membaca informasi SMART juga. HD Tunes akan membaca 15 paramater SMART, dengan 3 jenis hasil, yaitu current, worst, dan threshold. Definasi masing-masing hasil itu adalah:

· Current: Keadaan harddisk Anda sekarang
· Worst: angka paling kecil yang pernah ditemukan di harddisk generasi sebelumnya
· Threshold: batas bawah yang menunjukkan harddisk rusak
· Data: data mentah dari sensor atau counter.

Cara mudah membuat kad nama

Kebiasaannya bertukar kad nama bukan perkara asing, Tidak perlulah kita pesan kad nama dengan seseorang atau kedai ketika kita memerlukan nama dengan segera. Buat dan cetak saja sendiri. Lebih cepat prosesnya. Selain itu, Anda boleh menambahkan identiti yang bersifat peribadi di kad nama anda agar kelihatan berbeza dan lebih cantik.

Anda tidak perlu perasian khusus yang harus didownload atau diinstal untuk membuat kad nama peribadi. Kita guna sahaja perisian yang sering kita guna untuk menaip, iaitu Microsoft Word.

Begini langkah-langkahnya:

  1. Aktifkan aplikasi Word anda dengan mengklik ikon Microsoft Word yang ada di menu [Start] > [Programs] > [Microsoft Office Word].
  2. Untuk membuat kad nama, klik menu [Tools] > [Letters and Mailings] > [Envelope and Labels] yang terdapat pada toolbars “Commands Menu”.
  3. Setelah muncul tetingkap “Envelope and Labels”, klik pada tab [Labels] untuk mulai membuat data pada kad nama anda.
  4. Tuliskan data anda pada ruangan teks di bawah label “Address” dan atur ukuran kad nama anda pada butang “Options”.
  5. Sebagai contoh nampak pada gambar bahawa kad menggunakan tipe “Avery Standard 3612” untuk “Business Card”.
  6. Lalu pada kotak [Print] beri tanda pada butang radio [Full page of the same label] agar kad nama anda tercetak dalam satu lembar kertas ukuran A4.
  7. Klik butang [New Document] agar anda dapat melihat bentuk dari kad nama dalam bentuk satu helai kertas ukuran A4. Biasanya, pada satu helai A4 akan diperoleh 8 keping kad nama.
  8. Setelah muncul kad nama dalam satu helai A4, Anda dapat memberikan gambar latar yang berbeza-beza untuk setiap kad nama Anda.

kepada Guru Bitara:-

6 Kaedah Pengajaran Berkesan

1. Memberi bantuan klinikal
Kebolehan guru utk mendiagnostik keupayaan pelajar menguasai ilmu pengetahuan dan kebolehan menyediakan pengalaman pembelajaran baru yang boleh memenuhi keperluan mereka secara individu. Guru hendaklah bertindak sebagai seorang doktor iaitu merawat dan menyediakan ubat untuk pesakitnya. Oleh itu peranan guru adalah membantu, memulih dan membimbing sesuatu kemahiran sehingga mereka mampu menguasainya.

2. Merancang pengajaran
Memilih objektif pengajaran, memberikan pengalaman pembelajaran yg sesuai utk pelajar dan membuat penilaian terhadap pencapaian pelajar. Perancangan yg teliti terhadap perkara-perkara itu diharapkan akan menghasilkan kejayaan seperti yg dirancang.

3. Melaksanakan pengajaran
Kaedah PnP hendaklah menarik dan memberi kesan kpd pelajar. Kemahiran dan keupayaan guru melaksanakan pengajaran melalui teknik yg betul dan terkini akan merangsang diri pelajar menggunakan kaedah pembelajaran yg betul.

4. Pengurusan bilik darjah
Menyediakan suasana pembelajaran dan persekitaran yg sesuai, menarik dan selesa dalam bilik darjah. Suasana yg baik ini akan menyeronokkan pelajar. Keadaan itu akan memudahkan guru melaksanakan pengajaran mereka.

5. Memantau kemajuan
Menilai dan melaporkan secara sistematik pencapaian setiap pelajar termasuk catatan maklumat dan latar belakang peribadi. Pelaporan ini berguna kpd guru, ibubapa dan pelajar sendiri bagi memantau dan menilai peningkatan pencapaian pelajar dari semasa ke semasa. Penilaian secara bertulis ini juga akan dapat digunakan oleh guru lain utk mdapatkan maklumat awal mengenai diri pelajar.

6. Menyayangi pelajar
Perbuatan, tuturkata dan tingkahlaku guru yg menggambarkan sifat penyayang dan nilai baik seperti saling menghormati, mempercayai, membimbing, memberi sokongan dan pengiktiarafan, dapat menolong dan membantu guru melaksanakan tugas dgn perasaan gembira dan menyeronokkan.

Fasilitator


Nie la antara wajah2 fasilitator ms progm tautan ramadhan ngan anak-anak kurang bnasib bek dari uma kasih....mmm nie la pgalaman 1st ak jd fasi sbnrnyerrrr...
huhu....
bez gaak bl kite diberi pluang conduct progm wlaupn kbykn kami nie mang xde pglmn hehe..
nmpak gak la kelam bin kabut nye time prgm tp ktorg nie kne gak la kontrol macho n cun dpn pserta kan....hehe
arap ms akan dtg pat lg pluang cmnie....pat tmbh pglmn dan kyakinn dalam diri bl bdepan ngan kanak2 riang...sape xgugup lau 1st time kan...nie kana pula nt nk jd sorg guru..da tntu la lg bmacam ragam n rupe de....
huhhhhhhhhhhh.....

Sunday, August 30, 2009

PrGraM MenTor MenTeE


huhu...ni la 1st ak smp ke Kalumpang...slame nie jaz dgr org ckp tang kalumpang...bl da g tgk sndri mmmmm mang bez tmpat dier........ aku bkn g sje2 atau wat pe tp ak g sne ats prgrm mentor mentee under klab fasiiii.....
smbil2 aku join prgm xslh la lau ak posing2 kan hehe...bkn slalu pat g cnie...da r jauh ke dalam..huhhhhhh



lihat la btapa cntiknye kalumpangggggg

ini pula ialah burung yang leh b`ckp.....
video

Sunday, July 12, 2009

ciKgu Ooo CikGu...

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

"Setiap manusia dilahirkan sebagai seorang juara, kita tidak kalah walaupun berada di bawah tetapi kita kalah sekiranya kita tidak bangun semula."

Saturday, July 11, 2009

ROS..??


T`ingt ms wat ros ari2..mm wlpn 2mgu rs cam 2 taun hehe...sape ckp jd ckgu nie sng??






ishh lum cb lum tau..bak kte org, xknl maka xcnta arrrrr...mmm..org ckp jd ckgu sng sbb lik awl kul1-2 da lik..lau bdk cti kiter pun cti...tp dorg tau ke pe hkikat sbnr?? guru nie byk sgt pgrbann ntok jd ckgu yg bek..sng kate ckgu yg unggul la..bkn sume org leh jd guru yg unggul.kdg2 sseorg 2 da cpai thap phD pun lum tntu pat jd guru yg unggul kan....mmm ckgu owh ckgu....nk tau cmane jd ckgu?? meh rmai2 pkat jd ckgu pndidik gnerasi baru...!!!!!!!!

Nie gmbar ak nga jg bdk exm...ishhh bkn sng nk jg bdk exm...nk kwl dorg kannn...png2...tp..der xciri2 sorg guru kat ak hehe...








Pic sblh kanan nie ngan guru pbimbing..
en. Rahman sudin..
Yg sblh kiri pula gmbr kngn ngan guru ketua bidang kemanusiaan, Tn Hj Rosli...





Nie plak kaki2 bkal guru bitara yang akan melangkah ke alam pendidik....
Chaiyokkkkkkk!!!!


Thursday, July 9, 2009

abez blog lme akuuuu

sdhnye...
bl da lme cti nk xbkak blog, passwrdnye aku lpe...xpat bkak...aduhhh...ak syg ngan blog aku... tp pe daya aku...otk ak xpat ingtkan lik pe paswrd aku gne..mang la wat blog nie free n bl2 leh wat lg tp..len tau rs bl blog yg slame nie jd pneman kita t`pkse di lupakan...yg leh wat cma tgk je dri jauh.. mm cam ilg kekasih ati ek..lau dlu leh kita n duk luahkn ati n mslh, leh gtau pe je sbb dier sntiasa ade untuk kita tp bl da xder,mmm cb leh tgk2 tnpa wat pape...uwaaaaaaaa..emm xpela..blog bru pun, blog bru la....

idup wanita...


perempn nie kdg2 aku rs complicated sket la..wlpn ak nie pn pmpn tp 2 la yg ak rs..tgk kerenah kwn2 ak..emmm....pyh2..huhu
dlm khdupan skunk, tol ke kcntikan 2 sgala2nya yg leh wat ssorg pmpn 2 nmpak perfect?
xkan? 2 bg ak la..xtau la korg kat luar sne...emm ak tgk, pmpn yg cntik sntiasa jd idman sang kumbg..g sne de org usha, g cnie de org mengusikk.tp...yg kurg cntik n bhsa ksar nya`hodoh`?? sntiasa mjadi mmpi ngeri kpda lelaki..aduhaiiii..pe la nsb kan...tp aku cye xsume laki kat luar sne cm2..der gak yg xpndg pad rupakan..n aku cye gak yg lau ssorg 2 nmpak perfect kat luar msti der some part yg kurg..ak slalu tgk pd part atie dorg..ak lg ske kwn ngan org yg sdrhana je..sbb ati dorg nie bek.tp xplak aku ckp yg cntik2 sume ati bsuk... bak kte org krana stitik nia abez susu sebelanga....