CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
;
"Andai kau pernah menghirup madu, melihat damai dan merasa senang, ingatlah
suatu masa nanti mungkin semua itu akan sirna."

Friday, October 16, 2009

Cara mudah membuat kad nama

Kebiasaannya bertukar kad nama bukan perkara asing, Tidak perlulah kita pesan kad nama dengan seseorang atau kedai ketika kita memerlukan nama dengan segera. Buat dan cetak saja sendiri. Lebih cepat prosesnya. Selain itu, Anda boleh menambahkan identiti yang bersifat peribadi di kad nama anda agar kelihatan berbeza dan lebih cantik.

Anda tidak perlu perasian khusus yang harus didownload atau diinstal untuk membuat kad nama peribadi. Kita guna sahaja perisian yang sering kita guna untuk menaip, iaitu Microsoft Word.

Begini langkah-langkahnya:

  1. Aktifkan aplikasi Word anda dengan mengklik ikon Microsoft Word yang ada di menu [Start] > [Programs] > [Microsoft Office Word].
  2. Untuk membuat kad nama, klik menu [Tools] > [Letters and Mailings] > [Envelope and Labels] yang terdapat pada toolbars “Commands Menu”.
  3. Setelah muncul tetingkap “Envelope and Labels”, klik pada tab [Labels] untuk mulai membuat data pada kad nama anda.
  4. Tuliskan data anda pada ruangan teks di bawah label “Address” dan atur ukuran kad nama anda pada butang “Options”.
  5. Sebagai contoh nampak pada gambar bahawa kad menggunakan tipe “Avery Standard 3612” untuk “Business Card”.
  6. Lalu pada kotak [Print] beri tanda pada butang radio [Full page of the same label] agar kad nama anda tercetak dalam satu lembar kertas ukuran A4.
  7. Klik butang [New Document] agar anda dapat melihat bentuk dari kad nama dalam bentuk satu helai kertas ukuran A4. Biasanya, pada satu helai A4 akan diperoleh 8 keping kad nama.
  8. Setelah muncul kad nama dalam satu helai A4, Anda dapat memberikan gambar latar yang berbeza-beza untuk setiap kad nama Anda.

1 comments:

Unknown said...

Salam..menarik ni..baru tau je..tq...